Kuasa mistik pada senjata Mistisisme

Kuasa mistik atau kesaktian merujuk kepada sesuatu kuasa yang dianggap dapat memberikan kelebihan kepada seseorang atau alat senjata.

Senjata Melayu yang sering dipercayai mempunyai kesaktiannya tersendiri, antaranya adalah keris dikatakan terdiri dari dua kategori iaitu:-

  1. Tuah keris
  2. Khadam Keris

Tuah Keris ialah kuasa mistik hasil daripada doa dan mantera empu (pembuat) keris yang dikatakan 'terperangkap' dalam lipatan-lipatan besi keris dan besi pamor keris semasa proses pembikinan keris. Keris sebegini dikatakan tidak memerlukan sesaji seperti asap kemenyan, bunga dan sebagainya.

Khadam keris pula ialah kuasa mistik keris yang terhasil daripada mantera sama ada semasa proses penghasilan ataupun selepas proses pembikinan yang mana khadam atau jin (saka) dimasukkkan ke dalam keris tersebut. Keris sebegini dikatakan memerlukan sesaji yang pelbagai macam. Perbuatan ini adalah haram di sisi agama Islam yang merupakan agama orang Melayu rata-ratanya.

Akan tetapi, kebanyakan keris tidak mempunyai apa-apa kuasa kesaktian atau lebih dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai isi.